CLOSE
CLOSE AD

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

  • 19 Nov 2020
Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb

Berita baik buat para peminat yang mengimpikan penginapan mewah di kediaman milik pasangan selebriti Bollywood Shah Rukh Khan dan Gauri Khan kerana rumah mereka yang terletak di Selatan Delhi itu kini menanti kunjungan tetamu menerusi platform penginapan Airbnb.

Seperti yang dikongsikan oleh Shah Rukh Khan di laman Instagram miliknya, rumah itu telah menerima sentuhan tangan Gauri, yang juga seorang pereka dalaman terkemuka, bersempena dengan kempen "Home with Open Arms" Airbnb.

"Bandar Delhi adalah satu tempat istimewa yang sentiasa terpahat di hati kami dan sentiasa menjadi kediaman kami. Setiap lawatan ke sana mengembalikan memori kami ketika awal-awal kami menetap di sana.

"Semestinya kami teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb sebagai tuan rumah dan menyambut kedatangan tetamu di rumah Delhi kami.

"Airbnb menjanjikan keselesaan setiap kali kami bercuti ke serata dunia dan kami teruja untuk membuka pintu rumah kami sendiri menerusi kerjasama eksklusif ini," katanya dalam satu kenyataan.

Peluang itu dibuka menerusi sebuah peraduan di India dan pemenang bersama seorang lagi tetamu bertuah akan menikmati pengalaman untuk bermalam di kediaman pasangan popular itu.

Malah, pemenang juga akan dijamu dengan makan malam mewah, merangkumi hidangan kegemaran keluarga Khan, serta menonton filem-filem ikonik Shah Rukh Khan dan membawa pulang cenderahati daripada mereka.

(Sumber foto: Shah Rukh Khan Instagram)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.