CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

  • 23 Nov 2020
Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19

Bintang terkenal Bollywood telah mengambil keputusan untuk membatalkan majlis sambutan hari jadinya yang sering diadakan di rumah ladangnya di pinggir Mumbai setiap tahun kerana pandemik COVID-19.

Keputusan itu dibuat kerana Salman tidak mahu mengambil risiko selepas pemandu dan beberapa staf-nya disahkan positif COVID-19.

"Selepas beberapa staf-nya disahkan positif COVID-19, Salman tidak menunggu lama untuk meminta keluarga termasuk seluruh pekerjanya untuk menjalani ujian COVID-19 yang mana kesemuanya disahkan negatif," ujar rakan Salman yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Setiap tahun aktor itu akan mengadakan majlis sambutan hari jadinya pada setiap 27 Disember di rumah ladangnya bersama keluarga dan rakan rapat.

Selain menyambut hari jadinya, dia turut mengadakan sambutan Tahun Baru yang sudah menjadi acara tahunannya.

Tambah rakannya lagi, majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Salman yang disambut pada 20 November lalu juga hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: DNA India)



Suggested Articles

Kangana-Ranaut-Buka-Mulut-Tentang-Isu-Whatsapp-Arnab-Goswami Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Kangana Ranaut Buka Mulut Tentang Isu Whatsapp Arnab Goswami

Bintang Bollywood itu balas tuduhan yang mengatakan dia punca timbul kacau bilau.

Abhishek-Kapoor-Dan-Pragya-Tunai-Impian-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Abhishek Kapoor Dan Pragya Tunai Impian Sushant Singh Rajput

Pasangan selebriti itu sambut ulang tahun kelahiran Sushant dengan rancangan istimewa.

Filem-Salman-Khan-Dan-John-Abraham-Bakal-Rebut-Gelaran-Pecah-Panggung-Aidilfitri-Ini Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Filem Salman Khan Dan John Abraham Bakal Rebut Gelaran Pecah Panggung Aidilfitri Ini

Filem mereka akan ke pawagam setelah beberapa kali ditunda.

Sarfarosh-2-Adalah-Tribute-Kepada-Pasukan-Polis-Simpanan-Pusat-CRPF Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

"Sarfarosh 2" Adalah Tribute Kepada Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF)

Pengarah John Matthew Matthan dedah ambil masa lama untuk siapkan skrip.

Eijaz-Khan-Umum-Pengunduran-Dari-Bigg-Boss-14 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Eijaz Khan Umum Pengunduran Dari "Bigg Boss 14"

Bintang Bollywood itu ingin memberi tumpuan kepada penggambaran projeknya yang lain.

Kajol-Kongsi-Pendapat-Tentang-Konsep-Filem-Tribhanga Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Kajol Kongsi Pendapat Tentang Konsep Filem "Tribhanga"

Treler filem itu telah pun dilancarkan dan ia berjaya menerima sambutan baik.