CLOSE
CLOSE AD

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

  • 26 Nov 2020
Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020

Siri jenayah dalam talian "Delhi Crime" berjaya melakar sejarah apabila ia dinobatkan sebagai juara kategori Siri Drama Terbaik di Anugerah Emmy Antarabangsa ke-48 yang berlangsung pada Isnin.

Ditulis dan diarahkan oleh pembikin filem Kanada-India, Richie Mehta, siri tujuh episod itu diinspirasikan daripada kes seorang wanita yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Delhi pada 2012.

Menerusi siri itu, Mehta memberi tumpuan kepada para pegawai polis yang ditugaskan untuk mengendalikan kes berkenaan serta mengetengahkan kesabaran dan dedikasi tinggi mereka ketika bekerja.

"Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua wanita yang bukan sahaja berdepan kekerasan oleh ramai lelaki, tetapi juga mereka yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Akhir sekali, kepada ibu yang berpenat lelah, dan anak perempuannya. Tiada hari yang saya tidak fikirkan tentang kamu berdua dan apa yang dunia telah lakukan kepada kamu berdua.

"Saya harap tiada siapa di antara kita akan lupakan kejadian itu," kata Mehta dalam ucapannya yang dipetik dari Miss Malini.

Aktres Bollywood Shefali Shah menggalas watak utama sebagai DCP Vartika Chaturvedi, yang ditugaskan untuk memburu semua suspek yang bertanggungjawab atas gangguan seksual dan kematian mangsa.

Sehubungan dengan itu, Shefali juga tidak dapat menyembunyikan keterujaannya atas kemenangan tersebut dan berkongsikannya menerusi laman Instagram miliknya.

Selain Shefali, siri yang ditayangkan di sebuah portal penstriman video berbayar itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Rasika Dugal, Adil Hussain dan Rajesh Tailang.

"Delhi Crime" bakal menemui para penonton dengan musim kedua tidak lama lagi.

(Sumber: Miss Malini)
(Sumber foto: American Kahani)



Suggested Articles

Kekasih-Rahul-Vaidya-Disha-Parmar-Dedah-Sebab-Enggan-Sertai-Bigg-Boss-14 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jan 2021

Kekasih Rahul Vaidya, Disha Parmar Dedah Sebab Enggan Sertai "Bigg Boss 14"

Aktres TV itu dikatakan telah menolak tawaran program realiti tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Kongsi-Skrin-Dengan-Bintang-Hollywood-Dalam-Women-s-Stories Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jan 2021

Jacqueline Fernandez Kongsi Skrin Dengan Bintang Hollywood Dalam "Women's Stories"

Aktres Bollywood itu akan membintangi sebuah filem antologi.

Priyanka-Chopra-Akui-Menyesal-Jadi-Duta-Produk-Pemutih Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Jan 2021

Priyanka Chopra Akui Menyesal Jadi Duta Produk Pemutih

Bintang Bollywood itu berhenti mempromosikan produk berkenaan selepas ke Hollywood.

Bobby-Deol-Jadi-Pilihan-Penerbit-Untuk-Remake-Filem-Arth Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Jan 2021

Bobby Deol Jadi Pilihan Penerbit Untuk 'Remake' Filem "Arth"

Penerbit mendedahkan 'remake ' filem itu akan diceritakan dari sudut pandang lelaki.