CLOSE
CLOSE AD

Disha Patani Dedah Sebab Berlakon Dalam "Bharat"

  • 03 Apr 2019
  • Tags:
Disha-Patani-Dedah-Sebab-Berlakon-Dalam-Bharat

Aktres jelita Disha Patani mendedahkan faktor utama mengapa dia mengambil keputusan untuk membintangi filem terbarunya berjudul "Bharat".

Menurut Disha, selain faktor dapat bergandingan dengan bintang Bollywood terkenal Salman Khan, sebab utama dia terlibat dalam filem ini adalah kerana kakaknya iaitu Khusboo yang merupakan Pegawai Tentera India.


"Saya melihat kakak saya menyumbang kepada negara kita (India) sebagai sebahagian Tentera India. Saya sering jadikannya sebagai panduan dan "Bharat" akan menjadi sangat istimewa buat saya yang dipenuhi dengan sentimen," ujarnya yang dipetik dari India Today.

Dalam filem "Bharat", Disha akan membawa watak sebagai artis trapeze.
Selain Disha dan Salman, filem arahan Ali Abbas Zafar turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Katrina Kaif, Tabu, Sunil Grover, Jackie Shroff dan ramai lagi.
"Bharat" akan menemui penonton di seluruh dunia pada 5 Jun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Disha Patani Instagram & Hindustan Times



Suggested Articles

Bintang-Bintang-Bollywood-Yang-Pilih-Kaedah-Ibu-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 May 2020

Bintang-Bintang Bollywood Yang Pilih Kaedah Ibu Tumpang

Jom lihat mengapa pasangan selebriti terkenal ini memilih kaedah itu untuk menimang anak.

Salman-Khan-Sebar-Mesej-Perpaduan-Hindu-Islam-Dalam-Lagu-Bhai-Bhai Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 May 2020

Salman Khan Sebar Mesej Perpaduan Hindu-Islam Dalam Lagu "Bhai Bhai"

Lagu itu telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sonam-Kapoor-Tak-Sabar-Mulakan-Projek-Remake-Filem-Korea-Blind Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 May 2020

Sonam Kapoor Tak Sabar Mulakan Projek 'Remake' Filem Korea "Blind"

Aktres itu mendedahkan proses produksi dijadual untuk bermula pada Jun 2020.

Disha-Patani-Tolak-Tepi-Perasaan-Malu-Untuk-Ceburi-Dunia-Lakonan Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 May 2020

Disha Patani Tolak Tepi Perasaan Malu Untuk Ceburi Dunia Lakonan

Aktres itu mendedahkan dirinya mempunyai perwatakan pemalu dan mudah berasa janggal.

Filem-filem-Baru-Janhvi-Kapoor-Bakal-Ke-Platform-Digital Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 May 2020

Filem-filem Baru Janhvi Kapoor Bakal Ke Platform Digital?

Baru-baru timbul spekulasi yang mengatakan filem aktres itu akan ditayang secara digital.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Ayyappanum-Koshiyum-Versi-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 May 2020

John Abraham Bakal Terbitkan "Ayyappanum Koshiyum" Versi Hindi

Perkara itu telah diumumkan oleh John sendiri menerusi laman Twitter baru-baru ini.