Aktres jelita Sara Ali Khan mendedahkan yang dia mahu masuk ke dunia politik selepas dia mengundurkan diri dari dunia Bollywood.

Menurut laporan dari Masala, aktres ini sememangnya berminat dalam dunia politik malah dia juga mempunyai ijazah dalam subjek Sains Politik.

"Saya mempunyai ijazah dalam sains politik dan sejarah jadi saya mahu masuk ke dunia politik satu hari nanti, tetapi ia bukanlah sebagai 'back up plan'.

"Saya tidak akan undurkan diri dari dunia lakonan buat masa ini dan saya akan terus berada dalam industri Bollywood selama mungkin," ujarnya.

Kenyataannya yang dibuat oleh anak kepada bintang Bollywood terkenal Saif Ali Khan ini merupakan kali pertama bagi aktres baru yang menyuarakan minatnya untuk menyertai dunia politik.

Aktres berusia 23 tahun ini bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut parti politik mana yang dia mahu sertai itu.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.