CLOSE
CLOSE AD

Tabu bakal terajui dua filem Telugu, "Virata Parvam 1992" & "Naana Nenu"

  • 24 Apr 2019
Tabu-bakal-terajui-dua-filem-Telugu-Virata-Parvam-1992-Naana-Nenu

Aktres Tabu bakal kembali ke layar perak menerusi dua buah filem Telugu yang telah ditandatanganinya selepas kali terakhir muncul dalam filem bintang terkenal Allu Arjun.

Menerusi laporan Hindustan Times, Tabu atau nama sebenanrya Tabassum Fatima Hashmi akan memegang watak sebagai seorang aktivis sosial dalam sebuah filem Telugu arahan Venu Udugula pada tahun hadapan.

Filem yang diberi judul "Virata Parvam 1992" itu akan menampilkan Rana Daggubati dan Sai Pallavi sebagai peneraju utama.

Sumber terdekat filem itu mendedahkan bahawa Venu Udugula telah pergi ke Mumbai untuk menyampaikan berita tentang pembikinan filem tersebut kepada Tabu.

Sebaik sahaja aktres berusia 48 tahun itu membaca skrip dan merasakan ia amat menarik. Tabu kemudiannya terus bersetuju untuk bekerjasama bagi projek tersebut.

Namun begitu, Tabu belum menandatangani kontrak itu secara rasmi. Projek filem drama aksi itu dijangka akan bermula pada bulan Julai.

Dalam pada itu, untuk filem arahan Trivikram pula, Tabu akan membawa watak sebagai ibu kepada Allu Arjun. Projek berjudul "Naana Nenu" itu menandakan kali ketiga kolaborasi antara Trivikram dan Arjun selepas filem "Julayi" dan "S/O Sathyamurty".

Sementara itu, Tabu sedang menantikan tayangan filem Bollywood terbarunya, "De De Pyaar De" dimana dia akan membawa watak bekas isteri Ajay Devgn.

Treler terbaru filem romantik komedi "De De Pyaar De" memaparkan kisah seorang lelaki yang jatuh hati kepada gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

Sumber foto: DNA India



Suggested Articles

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.

Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

Ibu aktres itu percaya ada pihak atasan mensabotaj penyiasatan polis.

Para-Peminat-Raikan-Hari-Ulang-Tahun-Kelahiran-Ranveer-Singh-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Para Peminat Raikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ranveer Singh Di Media Sosial

Aktor terkenal itu menyambut hari jadinya yang ke-35 pada 6 Julai.

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.