CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar Mula Penggambaran Filem 'Remake' Hindi "Kanchana"

  • 29 Apr 2019
Akshay-Kumar-Mula-Penggambaran-Filem-Remake-Hindi-Kanchana

Pengarah Raghava Lawrence telah membuat perubahan dari skrip asal filem "Kanchana" supaya sesuai dibawa oleh Akshay Kumar.

Aktor Akshay Kumar sudah pun memulakan sesi penggambaran bagi 'remake' sebuah filem Tamil terkenal berjudul "Kanchana".

Menurut laporan BollywoodLife, filem Bollywood debut arahan Raghava Lawrence itu telah diberi judul "Laaxmi Bomb".

Sebelumnya, filem "Kanchana 3" arahan pengarah itu telah berjaya mendapat kutipan yang tinggi sejak tayangannya bermula di India.

Akshay akan berganding dengan aktres Kiara Advani sebagai pasangan kekasih dalam filem seram 'remake' itu.

Raghava yang sebelum ini merupakan guru tarian, telah memuatnaik sekeping gambar bersama Akshay sambil mengumumkan proses penggambaran itu telah bermula dan ia telah tular di laman sosial.

Baru-baru ini pihak produksi telah memulakan penggambaran untuk babak lagu di sebuah resort di Mumbai.

Kiara juga tidak melepaskan peluang untuk memuatnaik gambarnya di laman Twitter di lokasi penggambaran pada hari pertama.

Akshay akan membawa watak protagonis yang dirasuk oleh hantu seorang lelaki transgender manakala Kiara akan menjadi teman wanitanya.

Laporan ada menyatakan watak Kiara akan lebih ditonjolkan dalam filem 'remake' ini memandangkan watak wanita utama dalam filem asal kurang didedahkan.

Aktor veteran Amitabh Bachchan yang pernah terkenal menerusi filem "Mohabbatein"
berkemungkinan akan membawa watak hantu lelaki transgender tersebut.

Raghava telah membuat banyak perubahan dari skrip asal filem supaya ia lebih sesuai untuk Akshay dan para penonton Hindi.

Filem 'remake' Hindi "Kanchana" akan turut menampilkan aktor terkenal Tusshar Kapoor selain kedua-dua peneraju tersebut.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Hindustan Times



Suggested Articles

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.

Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

Ibu aktres itu percaya ada pihak atasan mensabotaj penyiasatan polis.

Para-Peminat-Raikan-Hari-Ulang-Tahun-Kelahiran-Ranveer-Singh-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Para Peminat Raikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ranveer Singh Di Media Sosial

Aktor terkenal itu menyambut hari jadinya yang ke-35 pada 6 Julai.

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.