CLOSE
CLOSE AD

Shah Rukh Khan Belum Sedia Kembali Berlakon

  • 29 Apr 2019
Shah-Rukh-Khan-Belum-Sedia-Kembali-Berlakon

Keterujaan peminat bintang terkenal Shah Rukh Khan yang menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh aktor itu mengenai projek filem terbarunya nampaknya tidak akan diumumkan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut laporan dari Timesofindia, aktor itu telah menunda filem terbarunya itu kerana berasa tidak mahu berlakon mana-mana filem lagi buat masa ini.

Dalam satu temubual bersama aktor itu yang kini berada di Beijing, dia berkata dia seperti tidak ada hati untuk berlakon buat masa ini dan lebih selesa untuk berehat dan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya.

Jelasnya, dia hanya akan mengumumkan berita mengenai filem terbarunya itu sekiranya dia sudah sedia untuk kembali berlakon nanti.

Sejak filem terakhirnya "Zero" gagal mendapat kutipan pecah panggung tahun lalu, Shah Rukh Khan telah menolak banyak tawaran berlakon.

Malah dia kini bersikap sangat selektif dan berhati-hati dalam menerima naskhah yang ditawarkan kepadanya.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: India TVnews
 



Suggested Articles

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.

Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

Ibu aktres itu percaya ada pihak atasan mensabotaj penyiasatan polis.

Para-Peminat-Raikan-Hari-Ulang-Tahun-Kelahiran-Ranveer-Singh-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Para Peminat Raikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ranveer Singh Di Media Sosial

Aktor terkenal itu menyambut hari jadinya yang ke-35 pada 6 Julai.

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.