CLOSE
CLOSE AD

Kriti Sanon Kongsi Cabaran Jayakan Wataknya Dalam Filem "Panipat"

  • 01 May 2019
Kriti-Sanon-Kongsi-Cabaran-Jayakan-Wataknya-Dalam-Filem-Panipat

Aktres Kriti Sanon berkata memegang watak Marathi dalam filem "Panipat" adalah satu cabaran baginya sebagai seorang yang berasal dari India Utara.

Menurut laporan NDTV, Kriti menjelaskan ia bagaikan suatu dunia baru baginya namun pembikin filem Ashutosh Gowariker telah mengurangkan beban dan memudahkannya membawa watak tersebut.

Aktres kelahiran New Delhi itu telah berjaya mencipta nama dalam dunia hiburan menerusi beberapa filem terkenal seperti "Heropanti", "Dilwale", "Welcome To New York" dan terbaru "Kalank".

"Panipat" adalah filem yang berkisar tentang sejarah berlakunya Pertarungan Panipat Ketiga. Ia merupakan salah satu sejarah terpenting yang berlaku di India semasa tahun 1761.

Aktres berusia 28 tahun itu akan dilihat memainkan watak sebagai Parvati Bai, isteri kedua kepada Sadashivrao Bhau iaitu ketua komander tentera Maratha.

Filem ini adalah terbitan Sunita Gowariker di bawah pihak produksi Ashutosh Gowariker Productions Pvt Ltd (AGPPL) yang bekerjasama dengan Vision World Films.

"Ashutosh turut membentuk dan menapis karakter Parvati Bai dengan baik serta menampilkan dia sebagai seorang yang kuat dan berdikari walaupun dia dari zaman dahulu," ujar Kriti.

Aktor yang membintangi filem ini bersama Kriti ialah Arjun Kapoor dan Sanjay Dutt sebagai peneraju utama.

"Panipat" akan ditayangkan pada 6 Disember tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: India Fashion Blogger
 



Suggested Articles

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.

Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

Ibu aktres itu percaya ada pihak atasan mensabotaj penyiasatan polis.

Para-Peminat-Raikan-Hari-Ulang-Tahun-Kelahiran-Ranveer-Singh-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Para Peminat Raikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ranveer Singh Di Media Sosial

Aktor terkenal itu menyambut hari jadinya yang ke-35 pada 6 Julai.

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.