CLOSE
CLOSE AD

Arjun Kapoor: Saya Bukan Hindu, Saya Bukan Muslim, Saya Orang India!

  • 06 May 2019
Arjun-Kapoor-Saya-Bukan-Hindu-Saya-Bukan-Muslim-Saya-Orang-India

Aktor Arjun Kapoor yang menerajui filem baru "India's Most Wanted" bertegas bahawa keganasan bukan berdasarkan agama dan sebagai seorang individu dia mementingkan hal kemanusiaan dari identiti agama.

Menerusi laporan TimesofIndia, teaser filem yang ditayang pada 16 April itu mengundang kemarahan pengguna media sosial kerana memaparkan pengganas tidak berwajah yang dirujuk sebagai 'Osama India'.

Watak antagonis itu dilihat membaca "Bhagavad Gita" untuk menerangkan hubungan jiwa dan raga yang membenarkan pembunuhan manusia.

"Saya bukan Hindu. Saya bukan Muslim. Saya orang India. Semua yang bekerja dalam pembikinan filem ini ialah orang India," jelas Arjun ketika disoal tentang reaksinya terhadap kritikan tersebut.

"Oleh itu, kami mementingkan negara dan hal kemanusiaan sebelum perkara lain. Filem ini adalah tentang orang yang tidak memikirkan soal agama, kasta dan kepercayaan.

"Saya tak mahu berbicara lebih lanjut soal perkara itu. Kami lebih rela berbincang tentang kebijaksanaan biro dalam pembikinan filem ini," ujarnya lagi.

Arjun berkata mudah bagi mereka yang cuma duduk di rumah sambil memberi kritikan, tetapi cuba mereka letak diri di dunia luar.

Filem arahan Raj Kumar Gupta itu akan menampilkan Arjun sebagai pegawai yang bijaksana bernama Prabhat Kapoor yang mengetuai operasi memberkas seorang pengganas tanpa sebarang senjata.

Filem itu diinspirasi dari kisah benar dan penjenayah itu didakwa sebagai pengganas yang bertanggungjawab atas 52 letupan antara tahun 2007 dan 2013, membunuh 433 orang dan mencederakan 810 orang lain.

Barisan pelakon sampingan filem "India's Most Wanted" ini termasuklah Prasanth Alexander, Gaurav Mishra, Aasif Khan, Santilal Mukherjee, Bajrangbali Singh and Pravin Singh Sisodia.

Filem itu bakal ditayangkan pada 24 Mei ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Biz Asia



Suggested Articles

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.

Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

Ibu aktres itu percaya ada pihak atasan mensabotaj penyiasatan polis.

Para-Peminat-Raikan-Hari-Ulang-Tahun-Kelahiran-Ranveer-Singh-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Para Peminat Raikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ranveer Singh Di Media Sosial

Aktor terkenal itu menyambut hari jadinya yang ke-35 pada 6 Julai.

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.