CLOSE
CLOSE AD

"Jungle Cry" Tanda Debut Emily Shah dalam Dunia Bollywood

  • 04 Jun 2019
Jungle-Cry-Tanda-Debut-Emily-Shah-dalam-Dunia-Bollywood

Emily Shah pegang watak sebagai pakar fisioterapi pasukan ragbi dalam "Jungle Cry".

4 Jun – Emily Shah melangkah ke dunia Bollywood dengan diangkat menjadi peneraju utama dalam sebuah biopik terbaru berjudul "Jungle Cry".

Menerusi laporan yang dipetik dari MumbaiMirror, Emily akan dilihat bergandingan bersama aktor Abhay Deol yang pernah membintangi filem "Zero".

Filem biopik itu akan menceritakan mengenai kehidupan seorang jurulatih ragbi, Rudraksha Jena dari Institut Sains Sosial Kalingan (KISS) di Bhubaneswar.

Jurulatih itu mengetuai pasukan ragbi bandar Odisha yang mahu memenangi pertandingan besar di London.

Sebelum ini, Emily pernah membuat kemunculan dalam filem pecah panggung Hollywood seperti "The Fast and the Furious" dan "Jersey Boys".

"Saya membesar menyertai teater dan juga sebagai penari yang perlu belajar balet, 'tap dance', jazz, tarian moden serta tarian Bollywood.

"Ia adalah satu kepuasan bagi saya dapat membuat para penonton ketawa, menangis dan tidak senang duduk," ujarnya.

Selain itu, Emily juga pernah membintangi filem "Fortune Defies Death" yang berkisar mengenai penentangan terhadap kematian yang ditayangkan di beberapa festival filem serta merangkul beberapa anugerah.

Ibu Emily berasal dari Amerika berdarah Welsh dan Scottish sementara bapanya merupakan seorang penerbit dari India yang pernah menerbitkan filem Hindi dan Hollywood.

Bercakap mengenai wataknya dalam filem "Jungle Cry" yang menjalani penggambaran di Wales, Emily berkata dia berperanan sebagai pakar fisioterapi bagi kumpulan ragbi tersebut.

Emily turut menjalani latihan bersama seorang pakar fisioterapi serta mempelajari tentang sukan ragbi dan perubatan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: Fusion Movies



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.