Govind Arun Ahuja atau lebih dikenali sebagai Govinda adalah antara aktor Bollywood 90-an paling berjaya serta popular dengan pelbagai genre filem terutamanya filem-filem aksi dan komedi.
Memulakan kariernya dalam dunia Bollywood menerusi filem "Ilzaam", kini Govinda telah menjayakan lebih 100 buah filem termasuk filem-filem pecah panggung seperti "Jeete Hain Shaan Se", "Hum", "Shola Aur Shabnam", "Hero No. 1" dan "Jodi No. 1".
Hari ini, Govinda menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57. Sehubungan dengan itu, kami ingin menyenaraikan sepuluh fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Govinda.
![]() Govinda dan Karisma Kapoor dalam "Hero No. 1". |
1. Govinda pernah beberapa kali menyertai uji bakat di studio produksi Rajshri Studios. Sayangnya, dia ditolak untuk berlakon kerana usianya pada ketika itu hanya 15 tahun dan dianggap terlalu muda.
2. Pada Jun 1999, Govinda menerima undian yang agak tinggi menerusi undian dalam talian BBC, sekali gus melayakkannya berada di tangga ke-10 sebagai bintang terbaik di pentas atau skrin.
![]() Govinda adalah bintang ke-10 terbaik di pentas atau skrin dalam undian BBC 1999. |
3. Biarpun telah membintangi pelbagai filem, namun Govinda juga pernah menolak beberapa filem yang akhirnya pecah panggung seperti "Gadar: Ek Prem Katha", "Taal", dan "Devdas".
4. Govinda pernah berdepan situasi cemas yang hampir meragut nyawanya apabila mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke set penggambaran filem "Khuddar", menyebabkan dia cedera parah di kepala.
5. Antara 'superstar' yang pernah bekerjasama dengan Govinda ialah Amitabh Bachchan, Rajesh Khanna, Dilip Kumar, dan tak lupa juga Rajinikanth!
![]() Govinda, Amitabh Bachchan dan Rajinikanth di set penggambaran filem "Hum". |
6. Selain berlakon, Govinda turut menyerlah sebagai penyanyi, di mana dia telah menyumbang suaranya dalam filem-filem klasik seperti "Aankhen", "Haseena Maan Jayegi", dan "Shola Aur Shabnam".
7. Di sebalik bakatnya dalam bidang tarian, mungkin tak ramai tahu bahawa Govinda adalah seorang penari tarian klasik India profesional.
![]() Govinda dan anaknya, Tina Ahuja di acara India Leadership Conclave 2016, Mumbai. |
8. Pada 2016, Govinda melakar sejarah sendiri apabila diiktiraf sebagai Actor of the Decade di acara tahunan berprestij, India Leadership Conclave.
9. Govinda telah berkahwin dengan Sunita pada 1987, namun dia merahsiakan perkahwinannya selama empat tahun. Antara sebabnya adalah Govinda pernah menyukai aktres Neelam Kothari ketika mereka digandingkan dalam filem "Ilzaam".
10. Govinda pernah menyertai bidang politik dan bertindak sebagai ahli parlimen pada 2004 hingga 2009, namun dia mengundur diri untuk memberi fokus terhadap bidang lakonan.
(Sumber foto: Hamara Photos, Times of India, BBC, Zoom TV Entertainment, pharmaleaders.tv)