Memandangkan pelbagai filem Bollywood terpaksa ditunda ke tahun hadapan susulan pandemik COVID-19, pasti penggemar filem ternanti-nanti apakah filem pertama yang akan ke pawagam pada Januari.
Terkini, pengarah tersohor Ram Gopal Varma yang sememangnya terkenal dengan karya-karya bergenre seram dan thriller mengumumkan bahawa filem terbarunya "12 'O' Clock" akan ke pawagam pada 8 Januari 2021.
Sehubungan dengan itu, kemungkinan besar filem berkenaan adalah filem Bollywood pertama yang ke pawagam pada tahun hadapan memandangkan kebanyakan filem lain masih dalam proses produksi atau bakal ditayangkan di platform digital.
12 'o' CLOCK features Mithun Chakraborty, Makrand Deshpandey, Divya Jagdale, Manav Kaul, Ali Azgar, Ashish Vidyarthi, Dalip Tahil ,Flora Saini and Debutant Krishna Gautam ..Music is by M M Keeravani pic.twitter.com/PpqEiuHYWn
- Ram Gopal Varma (@RGVzoomin) December 23, 2020
Bercerita lanjut mengenai filemnya, Ram Gopal mendedahkan dia lebih gemar bermain dengan imaginasi penonton bagi menambah rasa takut dalam diri mereka ketika menonton filem tersebut.
"Saya sentiasa percaya genre seram akan lebih berkesan dari segi psikologikal kerana penonton akan lebih berasa takut apabila kami bermain dengan imaginasi mereka.
"Genre seram sering mengujakan saya dan saya mencuba satu teknik baru dalam filem ini untuk menakutkan para penonton.
"Pengarah muzik M. M. Keeravani yang terkenal dengan kerjanya dalam filem "Baahubali" telah menghasilkan skor filem seram buat pertama kalinya menerusi filem ini," katanya yang dipetik dari Bollywood Hungama.
Diterbitkan oleh Company Production, "12 'O' Clock" dibintangi Mithun Chakraborty, Makrand Deshpandey, Divya Jagdale, Manav Kaul, Ali Azgar, Ashish Vidyarthi, Dalip Tahil, Flora Saini dan Krishna Gautam.
(Sumber foto: Ram Gopal Varma Twitter)