Penantian para peminat setia "Bigg Boss" bakal berakhir tidak lama lagi kerana program realiti popular negara India itu akan bersiaran untuk musim ke-14, bersama bintang Bollywood Salman Khan yang kembali sebagai pengacara.
Baru-baru ini, Salman telah terlibat dengan sidang media "Bigg Boss" yang diadakan secara virtual, di mana dia membuat lawatan ke 'rumah' "Bigg Boss 14" yang lengkap dengan sebuah restoran, spa, panggung wayang dan pusat beli belah buat kali pertamanya!
Selain itu, Salman turut mengumumkan nama peserta yang pertama menyertai program itu, iaitu anak kepada penyanyi Kumar Sanu, Jaan. Terdapat spekulasi mengatakan beberapa selebriti dari industri televisyen (TV) juga akan turut serta. Senarai calonnya adalah seperti di bawah:
![]() |
Jasmin Bhasin menjadi pilihan penerbit kerana lakonannya yang hebat, serta pernah menghiburkan penonton dengan personalitinya yang ceria dan bersemangat di program realiti "Khatrin Ke Khiladi". Khabar angin mengatakan Jasmin telah pun bersetuju untuk sertai "Bigg Boss 14".
![]() |
Pavitra Punia membuat debut sebagai bintang TV menerusi program realiti "Splitsvilla 3", di mana dia merupakan salah seorang finalis. Pavitra juga pernah membintangi beberapa siri TV popular seperti "Love U Zindagi", "Yeh Hai Mohabbatein" dan "Naagin 3".
![]() |
Mula bergelar aktres sejak membintangi siri TV "Chotti Bahu", Rubina Dilaik sememangnya tidak asing dari industri TV. Rubina juga pernah menjadi tetamu jemputan di "Bigg Boss 13" bersama Salman Khan, menerusi episod "Weekend Ka Vaar". Kali ini mungkin para peminat dapat melihat Rubina sebagai salah seorang peserta.
![]() |
Model, aktor TV dan juga suami kepada Rubina, Abhinav Shukla, menjadi salah seorang calon peserta "Bigg Boss 14". Jika sebelum ini para peminat hanya melihat keserasian mereka di media sosial, mungkin inilah peluang untuk melihat mereka bersama-sama di kaca TV! Lagipun sudah jarang ada pasangan berkahwin muncul di "Bigg Boss".
![]() |
Terkenal menjayakan siri TV "Guddan Tumse Na Ho Payega", Nishant Singh Malkani telah mengecewakan ramai peminat kerana menarik diri dari siri tersebut setelah hampir dua tahun menggalas watak utama. Mungkinkah kerana penglibatannya dalam "Bigg Boss 14"? Terdahulu, aktres Dalljiet Kaur juga telah menarik diri dari siri itu kerana menyertai "Bigg Boss 13".
![]() |
Bintang siri TV komedi popular "Saath Nibhana Saathiya", Giaa Manek, dijangka akan sertai "Bigg Boss 14". Sebelum ini, Giaa pernah muncul dalam beberapa program realiti seperti "Jhalak Dikhhla Jaa 5" dan "Jeannie Aur Juju".
![]() |
Bintang filem dan TV, Eijaz Khan, sudah lebih dua dekad berada dalam industri hiburan. Antara filemnya terkenal ialah "Tanu Weds Manu", "Zilla Ghaziabad" dan "Tanu Weds Manu Returns". Selain membintangi siri TV "Jag Janani Maa Vaishno Devi - Kahani Mata Rani Ki" pada tahun ini, Eijaz juga dilaporkan bakal menyertai "Bigg Boss 14".
Jangan terlepas untuk menyaksikan "Bigg Boss 14" yang akan bersiaran di Astro Colors Hindi (saluran 116) bermula 5 Oktober ini!