Sudah 25 tahun sejak Rangeela, arahan Ram Gopal Varma, yang dibintangi oleh Urmila Matondkar, Aamir Khan, Gulshan Grover dan Jackie Shroff masih bergema sebagai salah satu filem yang telah melancarkan banyak trend baharu. Berikut adalah 8 trivia menarik di sebalik pembuatan filem ini:
1. Cerita ini diilhamkan oleh tiga orang yang Varma kenal semasa zaman kuliahnya. Salah satunya adalah lelaki seperti samseng yang mengubah gayanya dalam usaha untuk memikat gadis kelas atas. Watak Aamir Khan, Munna, melakukan hal yang sama di Rangeela.
2. Dia juga terinspirasi oleh filem-filem Hollywood seperti Singing In The Rain dan The Sound of Music.
3. Setelah koreografer Saroj Khan gagal tampil semasa penggambaran, Varma meminta Ahmed Khan untuk membuat koreograf lagu-lagu lain.
4. Ketika Varma tidak berpuas hati dengan penampilan Urmila dalam lagu 'Tanha Tanha', Jackie Shroff menanggalkan t-shirt putih yang dipakainya dan memberikannya kepadanya.
5. Dalam lagu 'Hai Rama', aksi Urmila berlari dalam pakaian merah diinsipirasikan oleh aksi serupa dari filem Dracula, arahan Francis Coppola.
6. Watak Gulshan Grover sebagai Steven Kapoor di dalam filem itu, berdasarkan pengarah Vidhu Vinod Chopra.
7. Apabila pereka kostum Neeta Lulla tidak dapat berada di Hyderabad untuk sesi cubaan, dia akan menghantar pembantunya. Varma akhirnya melantik pembantunya untuk filem tersebut. Pembantu itu adalah Manish Malhotra dan Rangeela adalah projek filem pertamanya.
8. Varma tidak mahu Rangeela berakhir dalam kegelapan, lalu membuat keputusan untuk merakamkan aksi terakhir pada waktu subuh.
(Sumber Foto: Quint)