Terkenal sebagai pelakon yang mementingkan kesempurnaan, bintang Bollywood Aamir Khan sanggup meneruskan penggambaran filem terbarunya, "Laal Singh Chaddha" biarpun mengalami kecederaan.
Difahamkan Aamir sedang melakonkan sebuah babak aksi sebelum mengalami kecederaan di tulang rusuk, namun kerana dedikasi terhadap filemnya, kondisi tubuhnya ditolak tepi.
Aktor berusia 55 tahun ini sedar dia akan mengganggu jadual penggambaran yang telah ditetapkan jika dia menangguhkannya, maka dia hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.
"Aamir Khan mengalami kecederaan tulang rusuk ketika memfilemkan beberapa babak aksi. Namun ia tidak mengganggu penggambaran filem itu.
"Aktor itu hanya meneliti keadaannya dan tidak lama kemudian dia menyambung penggambaran dan makan beberapa biji ubat tahan sakit," dedah sumber yang dipetik dari Free Press Journal.
Dalam pada itu, bintang terkenal Kareena Kapoor Khan baru sahaja menamatkan penggambaran babaknya dalam filem itu dan menggambarkan situasi penggambaran dalam situasi pandemik agak mencabar.
Filem adaptasi versi Hindi kepada filem klasik Amerika "Forrest Gump" (1994) itu telah ditunda tayangannya dari Disember 2020 ke suatu tarikh baru pada 2021.
(Sumber: Free Press Journal)
(Sumber foto: South China Morning Post)
Public Anonymous User
Tue Oct 20 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!