Sebagai tanda penghormatan buat aktor Bollywood Sushant Singh Rajput pada hari ulang tahun kelahirannya, pembikin filem Abhishek Kapoor dan isterinya Pragya merancang sesuatu yang istimewa.

Memetik laporan dari Times of India, pasangan yang menjalin hubungan rapat dengan Sushant membuat keputusan untuk menunaikan salah satu impian yang tercatit dalam 'bucket list' miliknya.

Terkenal sebagai aktivis alam sekitar, Pragya bersama Abhishek telah menjalankan aktiviti menanam sebanyak seribu batang pokok seperti yang tercatit pada 'bucket list' Sushant di tangga ke-11.

Buat makluman lanjut, pasangan selebriti itu juga merupakan pengasas kepada Pertubuhan Ek Saath, iaitu pertubuhan untuk mencapai visi menjaga serta melindungi alam semula jadi.

"Sebuah impian tidak patut dibiar tanpa ditunaikan, Sushant mempunyai banyak impian yang dia mahu kecapi.

"Kami tak mampu untuk tunaikan semunya, namun menanam seribu pokok adalah sesuatu yang kami mampu lakukan, jadi kami merasakan ia adalah cara terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahirannya," katanya.


A post shared by Pragya Kapoor ? (@pragyakapoor_)

Untuk rekod, Sushant debut sebagai aktor di Bollywood menerusi filem arahan Abhishek iaitu "Kai Po Che!", dan kemudiannya filem "Kedarnath", di mana Pragya bertindak sebagai penerbit sama.

Sushant telah meninggal dunia pada 14 Jun 2020 akibat bunuh diri. Kali terakhir dia dilihat berlakon adalah menerusi filem "Dil Bechara" bersama aktres Sanjana Sanghi.

(Sumber foto: Times of India & Gulftoday)