Deepika Padukone telah ditandatangani untuk memainkan watak Sita dalam filem 'Ramayana' 3D, arahan Madhu Mantena. Dengan itu, Deepika akan menjadi satu-satunya heroin yang memainkan Draupadi dan Sita dalam dua drama epik itu. Hrithik Roshan juga telah ditandatangani untuk memainkan peranan 'Ravan' dalam versi tersebut.
Pencarian pengarah Madhu telah membawanya ke salah satu superstar Telugu terbesar pada tahap ini. "Madhu telah menawarkan filem itu kepada Mahesh Babu yang juga menyukai skripnya. Madhu merasakan dia menpunyai potensi untuk memainkan watak Shri Ram.
Walaubagaimanapun, Mahesh Babu masih belum memberikan anggukan pada projek itu. Apa yang membantu ialah Madhu yang mempunyai hubungan dengan KWAAN, berjaya mendapatkan ketiga-tiga bintang teratas yang merupakan pelanggan agensi yang sama.
Apa kata anda, mesti ramai yang ingin tengok gandingan mereka bertiga kan?
(Sumber Foto: Wikipedia)