Aktor Aditya Roy Kapur memberitahu dia seronok dapat kembali bekerjasama dengan pengarah Mohit Suri selepas tujuh tahun menerusi filem terbarunya "Malang".

"Salah satu sebab mengapa penggambaran filem ini mengujakan bagi saya adalah kerana saya berpeluang untuk mencuba sukan lasak yang baru.

"Kami pergi ke Mauritius empat hari sebelum penggambaran bermula supaya kami dapat mempelajari sukan-sukan itu, sekurang-kurangnya perkara asas untuk tidak kelihatan kekok dalam filem.

"Saya ada mempelajari serba sedikit tentang 'kite-surfing' ketika penggambaran dan saya rasa saya akan mempelajarinya dengan lebih teliti setelah saya mengambil rehat," ujarnya yang dipetik dari India Today.

Dalam pada itu, Aditya juga pernah berkongsikan antara persiapan yang dibuat untuk filem seperti mengamalkan diet seimbang serta membina badan dengan bantuan jurulatih peribadi.

Selain Aditya, filem itu turut menampilkan Disha Patani, Kunal Kemmu dan Anil Kapoor sebagai watak utama. "Malang" bakal menemui penonton di pawagam bermula 7 Februari ini.

(Sumber foto: Aditya Roy Kapur Instagram)
(Sumber artikel: India Today)