Setelah sekian lama tidak melihat kelibat aktres popular Aishwarya Rai di layar perak, peminat pasti teruja apabila aktres itu bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Ponniyin Selvan" tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Masala, Aishwarya Rai kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Mani Ratnam yang berlangsung di Thailand.

Kerjasama antara Aishwarya Rai dan Mani Ratnam juga menyaksikan aktres itu menjadi pelakon pertama yang membintangi filem arahan Rani sebanyak empat kali.

"Ponniyin Selvan" adalah sebuah naskhah yang diangkat dari novel sejarah Kalki Krishnmaurthy dengan judul sama.

Menurut satu sumber, Mani terpaksa membuat penggambaran di luar negara kerana tidak mendapat kebenaran untuk melakukan penggambaran di kuil di Tamil Nadu.

"Pengarah tidak mendapat kebenaran untuk melakukan penggambaran di kuil di Tamil Nadu. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk melakukan penggambaran di sebuah kuil di Thailand," ujarnya.

Selain Aishwarya Rai, filem itu turut dibintangi oleh Vikram sebagai peneraju bersama aktres itu.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Cinetalkers)