Nama pembikin filem Sanjay Leela Bhansali bukanlah asing dalam dunia perfileman Bollywood kerana ramai bintang-bintang terkenal ingin berlakon dalam filem yang dihasilkan oleh pembikin filem itu.

Namun berbeza pula dengan Ajay Devgn apabila dia menolak lagi tawaran berlakon daripada Sanjay Leela Bhansali untuk bintangi filem terbaru "Baiju Bawra".

Menurut satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama, aktor itu telah ditawarkan watak sebagai Tansen iaitu seorang penyanyi dari kelas bawahan berjaya menempa nama sebagai penyanyi lagenda.

Tambah sumber itu lagi, Ajay menolak tawaran tersebut kerana watak yang ditawarkan tidak menepati dengan kehendaknya.

Ini bukanlah kali pertama menolak tawaran daripada Sanjay Leela Bhansali, kerana sebelum ini Ajay pernah ditawarkan untuk membintangi filem pecah panggung "Bajirao Mastani" sebagai peneraju namun ditolak olehnya.

Kedua-dua mereka bagaimanapun pernah bekerjasama pada tahun 1999 menerusi filem "Hum...Dil De Chuke Sanam".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Times of India)