Tidak dapat dinafikan liputan berita di seluruh dunia kini lebih ke arah mengenai isu penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi masalah di seluruh dunia yang mana ia telah menjejaskan pelbagai industri termasuklah industri Bollywood.

Perkara itu turut diakui oleh bintang terkenal iaitu Akshay Kumar yang tidak menafikan penularan wabak COVID-19 memberi impak kepada industri filem Bollywood, bagaimanapun dia tidak tahu sebesar mana impak itu.

"Perdana menteri sudah memberi peringatan kepada orang ramai supaya mengelak dari pergi ke tempat-tempat yang mempunyai ramai orang selain sentiasa bersikap berjaga-jaga," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Tambahnya lagi, orang ramai juga perlu menitikberatkan soal kebersihan dan perlu mengelak daripada bersentuhan supaya dapat mengelak dari dijangkiti.

Dalam perkembangan lain, Akshay yang baru sahaja muncul dengan filem "Good Newwz" yang mendapat sambutan luar biasa daripada penonton bakal muncul dengan filem terbaru tidak lama lagi berjudul "Sooryavanshi".

Filem arahan Rohit Shetty yang turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ajay Devgn dan Katrina Kaif ini akan menemui penonton pada 24 Mac ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: connectedtoindia)