Bintang Bollywood popular Akshay Kumar dilaporkan bakal muncul dalam sebuah rancangan popular Discovery iaitu "Man vs Wild" bersama Bear Grylls.

Bear Grylls merupakan hos kepada rancangan itu yang memaparkan bagaimana dia menakluk setiap kawasan terpencil dan berkongsi strategi dan cara untuk meneruskan kehidupan di tempat terpencil.

Untuk episod terbaru ini, Bear dan Akshay akan menjalani melakukan pengembaraan mereka di tempat Perlindungan Harimau Badipur.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, "Akshay Kumar merupakan seorang jemputan yang ideal dalam "Man Vs Wild". Dia seorang yang bertenaga dan 'fit', jadi tiada masalah untuknya meneroka laluan sukar dalam hutan dan mampu jadi peneman hebat untuk Bear Grylls.

"Akshay berharap dapat belajar teknik 'survival' daripada Bear. Jadi ia pasti akan jadi salah satu episod paling ditunggu-tunggu," ujar sumber itu yang dipetik dari Masala.

Sebelum ini, rancangan "Man Vs Wild" juga pernah menampilkan Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi dan juga bintang Tamil Rajnikanth.

Bear juga pernah menjemput beberapa selebriti Hollywood untuk terlibat dalam rancangannya termasuk Kate Winslet dan Julia Roberts.

Selain itu, dia juga pernah menjemput bekas Perdana Menteri Amerika, Barack Obama dan juga bintang sukan Roger Federer dan Michael B Jordan.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Akshay bakal muncul dengan beberapa filem terbaru seperti "Sooryavanshi", "Laxmmi Bomb" dan "Bachchan Pandey".

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Flipboard)