Bintang ternama Akshay Kumar mengumumkan pelancaran lagu "Teri Mitti" yang digubah semula dalam versi tribute untuk ditujukan kepada semua pewira dan barisan hadapan medik COVID-19.
"Teri Mitti" merupakan salah satu lagu daripada runut bunyi filem sejarah dibintangi Akshay tahun lalu iaitu "Kesari", yang menceritakan sejarah Peperangan Saragarhi pada 1897. Filem Bollywood terlaris 2019 itu diterbitkan oleh Karan Johar.
"Seseorang pernah berkata yang dalam waktu-waktu sukar, hanya orang tersayang dan sekeliling anda yang akan menawarkan bantuan.
"Hari ini, dalam waktu paling sukar, doktor-doktor berpakaian kot putih tidak kurang samanya dengan para tentera. Silalah tonton "Teri Mitti", sebuah tribute daripada kami untuk mereka," tulisnya di laman sosial.
Sehubungan dengan itu, Karan Johar turut mempromosikan lagu itu di laman sosial miliknya berserta ucapan penghargaan kepada para barisan hadapan atas usaha memastikan orang ramai sentiasa selamat.
Selain menghasilkan lagu tribute, sebelum ini juga Akshay dilihat aktif membantu beberapa pertubuhan kebajikan yang mengendalikan golongan terjejas akibat pandemik walaupun berada dalam tempoh kuarantin.
Seperti yang dilaporkan, Akshay telah menyumbang sebanyak Rs 25 crore (kira-kira RM1 juta) kepada tabung bantuan PM-CARES dan Rs 3 crore (kira-kira RM130 ribu) untuk Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) bagi menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE).
(Sumber: Akshay Kumar & Karan Johar Twitter)
(Sumber foto: Akshay Kumar Instagram)
Public Anonymous User
Fri Apr 24 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!