Pengakuan yang dibuat oleh aktor Akshay Kumar mengenai perbuatannya melakukan aksi lagak ngeri filem "Sooryavanshi" tanpa menggunakan alat keselamatan yang disediakan telah mengejutkan pihak produksi.
"90 peratus babak aksi filem ini dijayakan oleh Akshay. Dalam satu babak, Akshay melakukan aksi lagak ngeri melompat ke dalam helikopter dari motosikal yang ditunggangnya tanpa bantuan alat keselamatan.
"Perkara itu mengejutkan saya dan seluruh kru. Asalnya, kami telah menetapkan potongan di antara babak itu untuk memakaikan dia alat keselamatan.
"Namun kami tidak tahu bila dia berbincang dengan juruterbang yang membenarkan dia terus melakukan aksi lagak ngeri itu tanpa sokongan alat keselamatan," ujar pengarah Rohit Shetty menerusi DNA India.
Dalam pada itu, pihak produksi "Sooryavanshi" telah mengadakan mesyuarat pada saat-saat akhir bagi membincangkan jika tarikh tayangan filem berkenaan perlu ditunda berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Selain Akshay, filem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Katrina Kaif, Ajay Devgn, Ranveer Singh, Gulshan Grover, Abhimanyu Singh, Niharica Raizada, Jackie Shroff, Sikandar Kher, Nikitin Dheer dan Vivan Bhatena.
Diterbitkan oleh Karan Johar dengan kerjasama beberapa penerbit lain, "Sooryavanshi" dijangka untuk menemui penonton di pawagam bermula 24 Mac ini.
(Sumber: DNA India)
(Sumber foto: Akshay Kumar Instagram)
Public Anonymous User
Thu Apr 02 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!