Pelakon Akshay Kumar bakal kembali berkolaborasi dengan pembikin filem Priyadarshan untuk filem komedi terbaru tidak lama lagi.

Pengesahan yang dibuat oleh Priyadarshan itu akan menyaksikan kedua-dua mereka kembali berkolaborasi selepas lebih sembilan tahun yang mana kali terakhir mereka terlibat dalam filem "Khatta Meetha".

"Ketika ini saya sedang dalam pembikinan skrip dan penggambaran mungkin akan berlangsung pada tahun hadapan sekitar September atau Oktober," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Tambahnya lagi, dia turut meluahkan rasa bersyukur apabila Akshay percaya dengan filemnya selain gembira mereka dapat bekerjasama lagi.

Selain "Khatta Meetha", kedua-dua mereka juga pernah berkolaborasi dalam beberapa filem pecah panggung lain seperti "Hera Pheri", "Garam Masala" dan "Bhool Bhulaiyaa".

Sementara itu, Akshay yang baru sahaja muncul dengan filem "Housefull 4" yang mendapat kutipan pecah panggung bakal muncul dengan beberapa filem terbarunya seperti "Sooryavanshi" bergandingan dengan Katrina Kaif dan "Good Newwz" bergandingan dengan Kareena Kapoor.

Dia juga akan terlibat dengan filem "Laxmni Bomb" dan "Prithviraj" sebagai peneraju.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Times of India)