Bagi para peminat filem Bollywood pasti mengenali Parzaan Dastur, iaitu aktor kanak-kanak dalam filem ikonik “Kuch Kuch Hota Hai”, yang kini sudah berkahwin dengan tunangnya Delna Shroff.
Memetik laporan dari Times of India, pasangan itu telah disatukan dalam sebuah majlis Parsi tradisional yang dihadiri keluarga dan teman rapat baru-baru ini.

Biarpun Parzaan belum sempat berkongsikan foto perkahwinannya di media sosial, namun rakan-rakannya yang menghadiri majlis itu telah pun berkongsikan beberapa keping foto pengantin tersebut.
Pasangan mempelai itu dilihat tersenyum manis dengan busana pengantin tradisional iaitu kurta berwarna putih dan sepasang sari merah yang digayakan Delna.

Pengarah Nitesh Ranglani juga tidak terkecuali untuk berkongsikan foto pengantin berserta ucapan tahniah buat Parzaan dan Delna menerusi laman Instagram Story miliknya.

Parzaanmarriage.jpg
Terdahulu, Parzaan telah memberi gambaran kepada para peminat tentang perkahwinannya apabila dia memuat naik fotonya di laman Instagram, di mana dia sedang melamar Delna.

Seperti yang dinyatakan oleh Parzaan, dia telah melamar buah hatinya itu sekitar Oktober 2019 sebelum mereka mengikat tali pertunangan tahun lalu.

A post shared by P A R Z A A N D A S T U R (@parzaan.dastur)


Menerusi filem “Kuch Kuch Hota Hai”, Parzaan memegang watak sebagai budak lelaki Sikh yang digelar Silent Sardarji. Walaupun dialognya kurang, namun dia masih berjaya mencuri hati penonton.

Selain “Kuch Kuch Hota Hai”, Parzaan juga pernah membintangi filem lain seperti “Kabhi Khushi Kabhie Gham”, “Kehtaa Hai Dil Baar Baar” dan “Sikandar”.

(Sumber foto: Parzaan Dastur Instagram & Chai Press)