Aktres Bollywood Rhea Chakraborty sedang berdepan ujian berat dalam hidupnya apabila menerima pelbagai tuduhan berat, ugutan, kecaman serta dakwaan berkaitan kes kematian kekasihnya yang juga aktor, Sushant Singh Rajput sejak Jun lalu.

Setelah bapa kepada Sushant meletakkan tuduhan berat terhadap Rhea, baru-baru ini aktres itu akhirnya tampil memberanikan diri bagi membuat pendedahan bagi pihaknya setelah lama berdiam diri.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak, termasuk keluarga Sushant, yang menafikan segala pendedahan yang dibuat oleh Rhea. Susulan itu, beberapa aktres Bollywood tampil menyokong serta mempertahankan Rhea di media sosial.

Aktres Shibani Dankekar, yang merupakan rakan baik Rhea sejak mereka berusia belasan tahun, memberanikan diri untuk mempertahankannya di laman Instagram dengan berkongsikan kenyataan panjang lebar mengenai rakan baiknya itu.

I stand with you and by your side always @rhea_chakraborty ??❤️ #justiceforrhea

A post shared by Shibani Dandekar (@shibanidandekar) on

Begitu juga dengan aktres Lakshmi Manchu yang tampil bersuara di laman Twitter miliknya selepas menonton video temu bual Rhea bersama Rajdeep Sardesai, memandangkan ramai pihak yang masih berdiam diri biarpun segelintir media mencemarkan nama aktres tersebut.

Sehubungan dengan itu, aktres Vidya Balan berterima kasih kepada Lakshmi atas keberaniannya untuk bersuara terhadap perkara terbabit. Vidya turut mengeluarkan kenyataan di laman Twitter untuk meluahkan kekecewaannya setelah melihat Rhea menerima kecaman daripada orang ramai.

Aktres Minissha Lamba juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan sokongannya terhadap Rhea apabila menyedari aktres itu menerima pelbagai kecaman berupa stereotaip dan meminta orang ramai memahami keadaan Rhea yang sedang berkabung atas kematian Sushant.

(Sumber: Instagram & Twitter)
(Sumber foto: Rhea Chakraborty Instagram)