Alaya F banyak mendengar nasihat ibu Pooja Bedi dan datuknya Kabir Bedi tentang filem.

Aktres yang baru mencipta nama dalam industry, Alaya Furniturewalla, memberitahu dia tiada masalah untuk merasai tekanan bekerja memandangkan lakonan sudah menjadi minatnya.

"Saya tak kisah berasa tertekan. Saya akan puas hati apabila berasa letih selepas bekerja. Pekerjaan merupakan minat saya sekarang dan saya tiada masalah jika berasa tertekan akibat kerja

"Saya juga suka melakukan kerja saya sendiri, tak kira dalam membuat keputusan atau apa sahaja, saya akan ikut kata hati.

"Namun ia tidak bermakna saya tak mendengar nasihat ibu dan datuk saya (Kabir Bedi) tentang filem. Saya banyak berbincang dengan mereka," katanya yang dipetik dari NDTV.

Dalam pada itu, Alaya akan tampil dalam filem pertamanya "Jawaani Jaaneman" bersama aktor terkenal Saif Ali Khan dan Tabu sebagai watak bapa dan ibu kepadanya.

Menurut Alaya lagi, kedua-dua seniornya itu banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi dalam lakonan, sekaligus membekalkannya dengan pelbagai ilmu baru.

Diarahkan oleh Nitin Kakkar, filem "Jawaani Jaaneman" akan menemui penonton di pawagam bermula 31 Januari ini.

(Sumber: Alaya F Instagram)
(Sumber artikel: NDTV)