Aktres Alia Bhatt terpaksa berehat sementara dari jadual penggambaran filem "Gangubai Kathiawadi" berikutan mengalami sakit belakang ketika sedang menjalani penggambaran baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Alia sendiri menerusi sekeping foto yang dimuat naik menerusi Instagram, yang menunjukkan Alia sedang berehat di rumah bersama kucing kesayangannya Eddie.

Seperti yang dilaporkan oleh Pinkvilla, Alia akan kembali ke set penggambaran filem arahan Sanjay Leela Bhansali selepas kecederaannya pulih sepenuhnya.

Buat pengetahuan lanjut, filem itu berkisarkan tentang wanita bernama Gangubai Kathiawadi yang dijual dan kemudiannya menjadi 'ibu ayam' bagi sebuah rumah pelacuran di Kamathipura.

Ia merupakan sebuah adaptasi dari buku nukilan Hussain Zaidi berjudul "Mafia Queens of Mumbai" yang diterbitkan pada 2011.

Filem berkenaan menandakan kali pertama Alia dilihat menjayakan watak gelap yang tidak pernah dibawanya dalam mana-mana filem sebelum ini.

Turut menampilkan aktor Vijay Raaz, filem "Gangubai Kathiawadi" akan dirilis di pawagam pada 11 September 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Femina India)
(Sumber artikel: Pinkvilla)