Aktor Amit Sadh telah menggemparkan dunia Bollywood apabila mendedahkan dirinya pernah cuba untuk membunuh dirinya sendiri ketika remaja.

Menurut laporan dari Times of Indian, Amit berkata demikian ketika berkongsi mengenai fasa hidupnya kepada MenxSP yang mana dia berkata ketika dia berusia 16 hingga 18 tahun dia pernah cuba membunuh diri sebanyak empat kali.

Aktor itu bagaimanapun berkata dia tidak pernah terfikir untuk untuk membunuh diri, sebaliknya apabila dia bangun pada satu hari dia terus cuba dan cuba lagi untuk bunuh diri.

Cubaan kali keempat gagal dan ketika itu dia mula sedar ia bukanlah pengakhiran yang dimahukannya dan henti dari mencederakan dirinya.

Sejak dari insiden itu, Amit telah mengubah pemikirannya dan mula berpegang pada prinsip untuk tidak putus asa.

Bagaimanapun ia mudahlah semudah seperti yang disangka, sebaliknya ia mengambil tempoh selama 20 tahun untuk mengatasi masalah itu.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjaya seni, Amit mendedahkan dia kini sedang meneroka peluang dalam platform penstriman video (OTT) yang kini menjadi semakin popular di seluruh dunia.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: The Indian Express)