Pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan menyuarakan hasratnya untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan selepas lebih 50 tahun berkecimpung dalam industri Bollywood.

Bintang veteran itu berkata demikian selepas bergelut dengan masalah kesihatan yang serius sehingga doktor menasihatinya untuk berehat panjang dari melakukan sebarang aktiviti kerana tubuhnya yang lemah.

"Saya perlu bersara, fikiran memikirkan perkara lain tetapi tubuh pula lain, ia adalah mesej untuk saya," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Bagaimanapun niat untuk bersara aktor itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini kerana ketika ini dia berada di Manali untuk menjalani penggambaran filem pengembaraan fantasi "Brahmastra" bersama Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt.

Selain itu, Amitabh juga baru sahaja selesai dengan penggambaran "Kaun Banega Crorepati" musim ke 11.

Dia juga akan terlibat dengan beberapa filem lain seperti "Chehre" dan "Gulaabo Sitabo".

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Tribune India)