Tempoh Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India tidak menghalang bintang veteran Amitabh Bachchan untuk mengacarakan program kuiz terkenal "Kaun Banega Crorepati" (KBC) musim ke-12.

Buat pengetahuan lanjut, program yang mula disiarkan di saluran Sony Entertainment TV (Sony TV) pada 2010 itu dihoskan oleh Bachchan sejak musim pertama.

Walau bagaimanapun, bintang terkenal Shah Rukh Khan menggantikan Bachchan buat sementara waktu semasa musim ketiga.

"Buat kali pertamanya dalam sejarah KBC, keseluruhan tayangan dan pemilihan akan diaturkan secara digital. Kami yakin musim kali ini akan memaparkan kekuatan ilmu pengetahuan," ujar Ketua Perancangan Perniagaan dan Komunikasi Sony TV, Amit Raisinghani, menerusi The Week India.

Sehubungan dengan itu, mereka turut merakamkan sebuah video pendek arahan Nitesh Tiwari yang menampilkan Bachchan bagi mempromosikan program kuiz itu.

"Pertama sekali, saya rakamkan video saya sendiri dan tunjukkan kepada Encik Bachchan, bagi membantunya memahami idea visi saya. Selepas itu, Encik Bachchan merakamkan sendiri keseluruhan video itu di rumahnya.

"Saya harap kempen ini dapat mengajak penonton untuk menyertai program ini," ujar Tiwari yang berkongsikan cabaran merakamkan video promosi tersebut.

(Sumber: The Week India)
(Sumber foto: OnemoreTVs)