Aktor Angad Badi telah dipilih untuk menerajui filem biopik "Gunjan Saxena: The Kargil Girl" di samping Janhvi Kapoor sebagai pasangan adik beradik.

Senang bekerja dengan gandingannya itu, Angad menyifatkan Janhvi sebagai seorang aktres yang bersifat spontan dan berperwatakan menarik.

"Saya dapat melihat Sridevi menerusi mata Janhvi. Dia adalah pelakon yang bagus tetapi akan meminta untuk penggambaran semula apabila dia tidak yakin dengan hasilnya.

"Kami mempunyai beberapa babak mencabar dalam filem ini, terutamanya yang melibatkan emosi. Walaupun kami mengikut skrip protagonis, tetapi ia juga menampilkan kisah abangnya yang berusia dalam lingkungan 19 ke 21 tahun.

"Kami mempunyai beberapa perkara menarik untuk ditampilkan dalam filem ini, terutamanya pada babak klimaks," ujar Angad menerusi Times of India.

Sesi penggambaran telah dijalankan di Lucknow dan Georgia, bersama dengan babak melibatkan helikopter yang dibawa khas dari Itali untuk babak-babak aksi filem tersebut.

"Gunjan Saxena: The Kargil Girl" merupakan kisah di sebalik juruterbang wanita Tentera Udara India pertama yang melakukan kombat. Filem itu merupakan terbitan pembikin filem terkenal Karan Johar.

Diarahkan oleh Sharan Sharma, filem yang turut menampilkan aktor Pankaj Tripathi itu akan dirilis di pawagam pada 13 Mac 2020.

(Sumber foto: News Bugz)
(Sumber artikel: Times of India)