Selepas Kriti Kharbanda terpaksa menarik diri dari filem thriller "Chehre", kini aktres baru Ankita Kharbanda dilaporkan bakal menggantikan watak tersebut.

Menurut laporan yang dipetik dari Pinkvilla, Ankita hadir ke pejabat penerbit Anand Pandit untuk berbincang mengenai filem itu pada Selasa.

Selepas diberitahu mengenai jalan cerita filem, Ankita dikatakan telah bersetuju kerana tertarik dengan idea filem tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang perjanjian rasmi masih belum ditandatangani.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, "Chehre" merupakan filem ketiga bagi Ankita selepas dia membuat debut menerusi filem "Manikarnika: The Queen of Jhansi" dan bakal membintangi "Baaghi 3" di samping Riteish Deshmukh.

Sementara itu, Kriti dilaporkan telah menarik diri dari projek itu kerana sikap panas barannya yang tidak disenangi pihak produksi serta pengurusan tarikh dan masa yang tidak diatur dengan baik oleh pihak Kriti sendiri.

Pada mulanya pihak produksi cuba menyelesaikan masalah itu dengan cara baik namun kedua-dua pihak dikatakan tidak bersependapat dan akhirnya Kriti bersetuju untuk menarik diri.

Dalam pada itu, aktres Mouni Roy turut dikatakan bakal mengganti tempat Kriti namun semuanya masih belum mendapat kepastian dari pihak produksi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Ankita Kharbanda)
(Sumber artikel: Pinkvilla)