Kira-kira tiga bulan lalu, aktor yang telah berjaya menambat hati penonton dengan lakonannya dalam filem "Stree" dan "Omerta" ini mendapat anugerah GQ Style dan Culture Awards serta Filmfare Middle East.
"Tahun lalu adalah tahun yang istimewa bagi filem lakonan saya, yang mana ia telah memberi peluang kepada saya untuk bawa watak berbeza. Tahun ini juga saya bertuah apabila dapat terlibat dengan beberapa projek menarik dari pelbagai genre.
"Anugerah buat anda berasa istimewa, tetapi bagi saya anugerah terbesar adalah menghiburkan penonton. Saya sangat bersyukur penonton sering memberi sokongan terhadap saya," ujarnya yang dipetik dari Bollywoodlife.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Rajkummar bakal muncul dengan beberapa buah filem terbaru seperti "Made in China", "Mental Hai Kya", "Turram Khan", "Imli" dan filem arahan Anurag Basu yang masih belum mempunyai judul.
Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.
Sumber foto: Addatoday, Twitter and Hindustan Times