Aktres Bollywood Anushka Sharma dilaporkan menjadi pilihan pengarah sebagai salah seorang calon yang tersenarai untuk membintangi filem "Adipurush" bersama aktor yang terkenal dengan filem "Baahubali", Prabhas.
Para peminat sudah mula berteka teki mengenai siapakah aktres yang terpilih untuk berkongsi skrin dengan Prabhas sejak penerbit Bhushan Kumar mengumumkan filem yang bakal diarahkan oleh Om Raut itu pada Ogos lalu.
"Anushka Sharma berada di tangga teratas dalam senarai calon aktres yang akan membawa watak sebagai Sita dalam filem itu. Om telah pun bertemu dan menceritakan idea filem kepada Anushka dan dia tertarik dengan visi Om.
"Malah, perbincangan mereka juga menerima maklum balas positif dan kemungkinan besar watak Sita akan jatuh ke tangan Anushka," dedah satu sumber yang dipetik dari Pinkvilla.
Tambah sumber itu lagi, pihak produksi bercadang untuk memulakan penggambaran sejurus mendapat persetujuan daripada Anushka, di mana jadual penggambaran akan disusun mengikut waktu sesuai dengan aktres tersebut selepas dia bersalin.
"Kemungkinan Anushka bersedia untuk mula penggambaran dua bulan selepas dia bersalin. Om ingin memulakan penggambaran pada Januari dan mereka akan memulakan babak tanpa Anushka terlebih dahulu," katanya.
Buat masa ini, Anushka masih belum memberi kata putus ataupun menandatangani sebarang perjanjian secara rasmi walaupun dia menjadi pilihan pertama Om Raut.
Kali terakhir Anushka dilihat berlakon adalah menerusi filem "Zero" dan "Angrezi Medium" sebelum menerbitkan dua filem di bawah syarikat produksinya sendiri iaitu "Paatal Lok" dan "Bulbbul".
(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Magzter)
Public Anonymous User
Mon Sep 14 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!