Aktres popular Anushka Sharma telah berkongsi keterujaannya dan pengalaman istimewanya yang kini sedang hamil cahaya mata sulungnya bersama suami Virat Kohli.
Kegembiraan itu dikongsi menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya yang memperlihatkan Anushka memegang 'baby bump'-nya dengan kapsyen menyentuh hati.
Foto yang dimuat naik oleh Anushka kemudian telah mendapat perhatian suaminya yang menulis komen; "Seluruh dunia saya dalam satu 'frame'."
Pada bulan lalu, pasangan ANushka dan Virat telah membuat pengumuman yang mereka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Januari 2021.
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di Itali.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: gulfnews)