Aktor dan penerbit Arshad Warsi berkongsikan keterujaannya kerana bakal terlibat dengan tiga buah filem terbaru yang dijangka akan mula produksinya pada tahun hadapan.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, jadual kerja Arshad akan padat dengan penggambaran filem arahan Rohit Shetty "Golmaal 5", "Munna Bhai 3" arahan Rajkumar Hirani dan filem seram pertamanya yang bakal diarahkan oleh Samir Tewari.

"Saya percaya buat masa ini mereka sedang hasilkan skrip "Golmaal 5" dan "Munna Bhai 3". Ianya pasti menyeronokkan, saya sedang menantikan jalan ceritanya. Watak-watak dan keseronokan kami menghasilkan filem itu yang menarik orang ramai.

"Saya juga teruja dengan filem seram arahan Samir Tewari, yang mana saya pernah bekerjasama dengannya untuk filem "Mr Joe B. Carvalho" sebelum ini.

"Saya tidak pernah bintangi filem seram lagi, tetapi cerita ini menarik perhatian saya. Ianya menakutkan dan tidak dapat dijangka sehingga ke babak akhir.

"Segala kerja-kerja yang tergendala pada tahun ini akan dibawa ke 2021. Sesi penggambaran pasti mencabar, ia akan mengambil masa untuk keadaan kembali seperti sediakala," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Arshad juga akan dilihat berkongsi skrin bersama aktor Akshay Kumar dan Bhumi Pednekar dalam filem seram thriller terbaru arahan G. Ashok "Durgavati".

Filem yang telah selesai penggambarannya itu merupakan 'remake' filem Telugu "Bhaagamathie" arahan G. Ashok yang dirilis pada 2018.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Devdiscourse)