Filem pecah panggung Bollywood, "Article 15" terus cemerlang apabila telah berjaya merangkul Anugerah Penonton di Festival Filem London Indian baru-baru ini.

Filem arahan Anubhav Sinha itu menjadi filem pembuka dalam festival filem yang disokong oleh Bagri Foundation dan British Film Institute (BFI) pada 20 Jun lalu.

Menurut pengarahnya, filem arahannya ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang mengenai Perlembagaan Artikel 15 yang melarang sebarang diskriminasi terhadap agama, bangsa, kasta, jantina atau tempat kelahiran yang kini semakin dilupakan.

"Saya bersyukur berjaya rangkul Anugerah Penonton di LIFF. Sangat gembira apabila filem ini dapat diterima baik oleh orang India dan juga orang luar yang turut berdepan dengan ketidaksamaan setiap masa," ujarnya yang dipetik dari BollywoodLife.

Filem thriller penyiasata ini dibintangi oleh Ayushmann sebagai pegawai polis, dan turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sayani Gupta, Kumud Mishra, Isha Talwar dan Manoj Pahwa sebagai peneraju.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber: Bollywood Life
Sumber foto: businesstoday.in