Ayushmann Khurrana terkenal sebagai seorang aktor versatil Bollywood yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan wataknya dalam sesebuah filem, termasuklah mengubah penampilannya.
Sehubungan dengan itu, Ayushmann bakal membintangi sebuah filem baru arahan Abhishek Kapoor yang mengetengahkan konsep kesukanan dan Ayushmann telah diberikan watak utama sebagai seorang atlet.
Seperti yang dilihat menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini bintang filem "Dream Girl" itu telah berkongsikan tangkapan skrin perbualannya mengenai jadual latihan kecergasan bersama jurulatih peribadinya, Rakesh Udiyar.
Walau bagaimanapun, Ayushmann tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai persiapannya. Menurut laporan dari Filmfare, satu sumber dari produksi filem itu mengatakan Ayushmann sedang melakukan persiapan secara rahsia.
"Nampaknya Ayushmann sedang menyembunyikan penampilan barunya. Dia sengaja bersikap elusif di media sosial kerana dia tidak mahu orang ramai perasan akan perubahannya sebelum penggambaran bermula.
"Memandangkan dia membawa watak seorang atlet 'cross-function' buat pertama kali, Ayushmann perlu mengubah bentuk tubuh badan sepenuhnya dan penampilan pertamanya pasti akan menarik perhatian ramai.
"Ayushmann boleh menyembunyikan perubahannya kerana dia berada di Chandigarh dan kami berpendapat dia sengaja berbuat begitu sehinggalah penampilan pertamanya didedahkan. Abhishek dan Ayushmann sedang merancang kejutan besar buat penonton," ujar sumber tersebut.
Filem yang masih belum diberi judul itu akan menggandingkan Ayushmann dan aktres Vaani Kapoor buat pertama kali. Penggambaran dijangka bermula pada Oktober ini dan ditayangkan pada 2021.
(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: Ayushmann Khurrana Instagram)
Public Anonymous User
Fri Sep 04 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!