Para peminat Ayushmann Khurrana mungkin akan menerima berita baik apabila dia dilaporkan bakal membintangi sebuah projek filem terbitan pembikin filem tersohor Karan Johar.

Menurut laporan dari Filmfare, filem yang mengetengahkan genre komedi romantik itu masih belum diberi judul dan tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat daripada kedua-dua belah pihak.

Untuk pengetahuan lanjut, beberapa tahun lalu bintang filem "Bala" itu pernah bersemuka dengan Karan untuk membintangi filem namun permintaannya telah ditolak.

Beralih ke perkembangan lain, Ayushmann bakal dilihat menerusi filem "Shubh Mangal Zayada Saavdhan" bersama pelakon lain seperti Neena Gupta, Gajraj Rao dan Jitendra Kumar bermula 21 Februari 2020.

Selain itu, dia juga akan berkongsi skrin dengan bintang veteran Amitabh Bachchan menerusi filem komedi kekeluargaan "Gulabo Sitabo" yang akan ditayangkan pada 28 Februari 2020.

Sementara itu, filem terbaru Karan Johar "Takht" dijangka akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Ranveer Singh, Kareena Kapoor Khan, Anil Kapoor dan Bhumi Pednekar.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: HD Wallpaper & Magzter)
(Sumber artikel: Filmfare)