Mahkamah Mumbai telah menerima rayuan yang dikemukakan oleh pelawak Bharti Singh dan suaminya Haarsh Limbachiyaa dan membenarkan pasangan selebriti itu dibebaskan dengan ikat jamin pada Isnin.
Pada Sabtu lalu, Biro Kawalan Narkotik India (NCB) telah melakukan serbuan di kediaman pasangan itu yang bertempat di Mumbai pada sebelah pagi, di mana mereka menemui sebanyak 86.5 gram dadah jenis ganja.
Hasil soal siasat mendapati Singh mengakui dia telah mengambil bahan terlarang itu yang diperoleh daripada suaminya.
Memetik laporan dari Bollywood Hungama, menurut undang-undang, pengambilan 1,000 gram ganja membolehkan seseorang itu dipenjarakan selama enam bulan dan/atau denda Rs 10,000 (RM553.24).
Walau bagaimanapun, peguam mereka mendakwa bahawa pasangan itu telah mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit dan dibenarkan bebas dengan ikat jamin Rs 15,000 (RM829.94) setiap seorang.
Buat masa ini, NCB masih giat menjalankan siasatan berhubung pengambilan dadah dalam industri Bollywood susulan kematian aktor Sushant Singh Rajput pada Jun lalu.
Terdahulu, pasangan Abigail Pandey dan Sanam Johar turut ditahan oleh NCB atas tuduhan yang sama.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Tokkoro.com)
Public Anonymous User
Wed Nov 25 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!