Penerbit Aanand L. Rai memberitahu bahawa filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" tidak akan lengkap tanpa penglibatan aktres Bhumi Pednekar yang sebelumnya membintangi "Shubh Mangal Saavdhan".

"Bhumi adalah sebahagian daripada keluarga "Shubh Mangal Saavdhan" dan kami tidak boleh bayang untuk menghasilkan "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" tanpa dia.

"Dia akan membuat penampilan istimewa menerusi filem ini dan kami sangat gembira dengan penglibatannya," ujar Aanand menerusi laporan Times of India.

Menurut seorang lagi penerbit, Bhushan Kumar, mereka berasa senang hati untuk memilih Bhumi menjadi sebahagian daripada para pelakon sebagai penampilan istimewa dalam filem tersebut.

"Penglibatan Bhumi adalah elemen penting yang menambah nilai kepada jalan cerita, dia merupakan seorang aktor yang hebat dan saya gembira dia ada dalam filem kami," kata Bhushan.

Buat pengetahuan lanjut, Bhumi telah menjalani penggambaran bagi babaknya selama dua hari di Varanasi. Filem itu menampilkan aktor Ayushmann Khurrana sebagai peneraju utama.

Selain Ayushmann dan Bhumi, ia turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Neena Gupta, Gajraj Rao, Jeetendra Kumar dan Maanvi Gagroo.

Diarahkan oleh Hitesh Kewalya, filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" akan ditayangkan di pawagam pada 21 Februari depan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Bhumi Pednekar Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)