Aktres popular Bhumi Pednekar meluahkan rasa terujanya apabila watak dalam filem terbarunya berjudul "Pati, Patni Aur Woh" hampir sama dengan watak yang dibawa oleh Karisma Kapoor dalam filem "Biwi No 1".

Berikutan itu, Bhumi yang merupakan peminat tegar bintang terkenal itu akan menjadi watak yang dibawa Karisma sebagai inspirasi untuknya.

"Saya sememangnya peminat tegar Karisma Kapoor sejak saya kecil lagi. Malah saya juga membeli dress yang sama seperti yang dipakainya dalam "Raja Hindustani". Bagi saya, dia seorang heroin yang cukup hebat dan saya sangat kagum dengan filem lakonannya.

"Lakonan mantapnya sebagai watak komedi dalam "Biwi No 1" adalah inspirasi buat saya yang ketika ini sedang membuat persiapan untuk "Pati, Patni Aur Woh"," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Tambah Bhumi lagi, ia seperti mimpi menjadi kenyataan apabila dia dapat menjayakan watak yang boleh dikatakan hampir sama dengan watak Karisma dalam filem "Biwi No 1".

Sementara itu, selain filem "Pati, Patni Aur Woh" dia juga bakal muncul dengan dua buah filem terbaru iaitu "Dolly, Kitty, Aur Woh" dan "Bhoot – Part One: The Haunted Ship".

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Bhumi Pednekar Instagram)