Penerbit filem ternama Bhushan Kumar mengesahkan produksinya T-Series bakal memulakan proses pembikinan dua sekuel filem iaitu "Sonu Ke Titu Ki Sweety" dan "De De Pyaar De".
Sehubungan dengan itu, ia juga menandakan Bhushan akan kembali bekerjasama dengan pengarah Luv Ranjan, yang pernah bertindak sebagai pengarah bagi kedua-dua filem komedi romantik tersebut.
"Semestinya kami akan membikin "Sonu Ke Titu Ki Sweety 2", ia adalah sebuah francais menarik untuk diperkembangkan.
"Saya dan Luv Ranjan juga bercadang untuk menghasilkan sekuel "De De Pyaar De"," ujarnya ringkas seperti yang dipetik dari Mumbai Mirror.
"Sonu Ke Titu Ki Sweety" yang dibintangi oleh Kartik Aaryan, Sunny Singh dan Nushrat Bharucha telah berjaya menembusi pasaran dengan kutipan pecah panggung kira-kira RM90.8 juta selepas ia ditayangkan pada 2018.
"De De Pyaar De" juga berjaya mengulangi kejayaan filem "Sonu Ke Titu Ki Sweety" dengan kutipan tinggi. Filem itu dibintangi oleh Ajay Devgn, Tabu dan Rakul Preet Singh sebagai peneraju utama.
Dalam pada itu, Bhushan turut mendedahkan produksinya kini sedang berusaha untuk menyiapkan filem sejarah terbaru mereka iaitu "Bhuj: The Pride of India" yang bertemakan Perang Indo-Pakistan 1971.
"Nasib baik kami tidak membuat sebarang pinjaman jadi tiada faedah untuk dibayar. Sesi penggambaran filem ini hanya berbaki 10 hari sahaja lagi.
"Tiada siapa yang tahu bila krisis ini akan berakhir tetapi persoalan utamanya adakah kami mampu untuk menyiapkannya sebelum tarikh rilis yang dijadualkan," katanya.
"Bhuj: The Pride of India" dijadualkan untuk rilis di pawagam pada 15 Ogos. Ia dibintangi oleh Ajay Devgn, Sanjay Dutt, Sonakshi Sinha, Sharad Kelkar, Ammy Virk dan Nora Fatehi.
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: IMDb)
Public Anonymous User
Mon May 11 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.