Kematian aktor Bollywood Sushant Singh Rajput bukan sahaja mendapat perhatian di India, tetapi juga di seluruh dunia apabila kakaknya, Shweta Singh Kirti, berkongsikan papan billboard digital yang memaparkan foto Sushant di California, Amerika Syarikat.

Apa yang tertulis pada papan billboard itu adalah ayat yang menyokong dan memperjuangkan hak Sushant iaitu 'Justice for Sushant', yang mana kini kes kematiannya masih berada dalam siasatan sejak Jun lalu.

Foto dan rakaman video papan billboard itu dikongsikan oleh Shweta, yang bekerja sebagai seorang penulis dan menetap di Amerika bersama suami serta anak-anaknya, menerusi media sosial.

"Billboard Bhai (Sushant) di California. Ia berada di 880 Utara, tidak jauh dari susur keluar parkir kompleks beli belah The Great Mall. Ia adalah satu gerakan sedunia," tulisnya di ruangan kapsyen.

Bhai's Billboard in California...It's up on 880 north, right after the great mall parkway exit. It's a world wide movement. #warriors4ssr #justiceforsushantsinghrajput #worldforsushant

A post shared by Shweta Singh kirti (@shwetasinghkirti) on

Perkongsian Shweta telah menarik perhatian ramai warganet yang akhirnya memulakan gerakan untuk memperjuangkan hak Sushant dengan mewujudkan kata kunci #warriors4ssr, #justiceforsushantsinghrajput dan #worldforsushant di media sosial.

Terdahulu, Shweta menegaskan bahawa segala kebenaran di sebalik kematian adiknya itu akan terbongkar tidak lama lagi. Ia susulan teman wanita Sushant yang juga aktres, Rhea Cakraborty disoal siasat di Mumbai selepas didakwa mencuri dan bersubahat atas kematian aktor itu.

Biro Siasatan Pusat India (CBI) telah mengambil alih tugas Polis Mumbai dan Polis Bihar terhadap kes kematian Sushant memandangkan terdapat pelbagai dakwaan serta sisi gelap industri Bollywood yang terbongkar sejak akhir-akhir ini.

(Sumber: Shweta Singh Kirti Instagram)
(Sumber foto: Shweta Singh Kirti Instagram)