Sejak hari pertama pembikinan filem trilogi Bollywood "Brahmastra" diumumkan, ia menjadi buah mulut ramai sehingga ke hari ini.
Terbaru, "Brahmastra" dilabel sebagai filem Bollywood paling mahal setelah terdapat ura-ura mengatakan kos pembikinannya sudah melebihi Rs 300 Crore (lebih RM165.19 juta).
Memetik laporan dari Hindustan Times, Ketua Star dan Walt Disney India, Uday Shankar berkata, "Brahmastra" adalah filem terbesar yang pernah dihasilkan di India.
Sejak produksi filem itu bermula, ia telah beberapa kali tertunda memandangkan pengarah Ayan Mukerji ingin mengambil lebih masa bagi memastikan segala proses kesan visual (VFX) berjalan dengan lancar.
Penggambaran filem terbitan Karan Johar itu sudah bermula sejak Februari 2018, di beberapa lokasi serata dunia termasuk Bulgaria, London, New York, Scotland dan Mumbai.
Baru-baru ini, Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt dilihat berada di sebuah studio 'dubbing' di Mumbai. Difahamkan kedua-dua mereka terlibat dengan proses 'dubbing' filem tersebut.
Selain Ranbir dan Alia, filem itu turut membariskan pelakon-pelakon terkemuka yang lain seperti Amitabh Bachchan, Dimple Kapadia, Nagarhuna Akkineni, Mouni Roy serta penampilan cameo Shah Rukh Khan.
Melihat semula segala butiran dari segi lokasi penggambaran dan barisan pelakon, tidak mustahil jika apa yang dispekulasikan mengenai kos filem itu adalah benar.
Buat masa ini, pihak produksi masih belum mengesahkan tarikh tayangan "Brahmastra", yang asalnya 4 Disember 2020, mahupun medium yang bakal digunakan untuk tayangan filem tersebut.
(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: SKJ Bollywood News)
Public Anonymous User
Mon Nov 30 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.