Aktres jelita Deepika Padukone baru-baru ini mengumumkan projek filem terbarunya berjudul "Mahabharata" yang diadaptasi dalam versi Bollywood serta mengetengahkan wanita.

Menerusi filem yang akan diperkembangkan menjadi francais itu, Deepika akan membawa watak wanita paling penting dalam lagenda itu iaitu Draupadi dan jalan ceritanya berdasarkan perspektif Draupadi sendiri.

"Kita semua mengenali Mahabharat menerusi kisah-kisah mitos dan pengaruh sosio-budayanya. Kita mendapat pelbagai pengajaran hidup dari lagenda itu tetapi kebanyakannya menampilkan lelaki.

"Perspektif baru ini bukan hanya menarik tetapi ia juga penting. Bagaimanapun kami tidak boleh menetapkan genre filem ini selagi belum ada pengarah," katanya yang dipetik menerusi Hindustan Times.

Buat pengetahuan lanjut, Deepika juga akan bekerjasama dengan penerbit Madhu Mantena untuk menerbitkankan filem tersebut. Difahamkan Madhu juga ingin mengangkat aktor Hrithik Roshan untuk menggalas watak Lord Krishna.

"Memandangkan Madhu berkawan rapat dengan Hrithik, jadi dia telah berbincang dengannya untuk watak itu. Membawa watak Lord Krishna adalah cabaran baru bagi mana-mana aktor," dedah satu sumber.

Beralih ke perkembangan lain, Deepika sedang sibuk mempromosikan filem kisah benar "Chhapaak" yang sedia untuk ditayangkan di pawagam pada 10 Januari 2020.

Selain itu, dia juga akan membintangi filem "'83" bersama suaminya Ranveer Singh serta sebuah filem baru arahan Shaku Batra yang masih belum diberi judul.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Deepika Padukone Instagram)
(Sumber artikel: Hindustan Times)