Bintang terkenal Deepika Padukone merupakan seorang lagi selebriti yang dilaporkan bakal terbabit dengan sesi soal siasat oleh Biro Kawalan Narkotik India (NCB) berhubung kes penglibatan dadah dalam industri Bollywood.
Ia susulan foto Deepika yang mengadakan sebuah parti di Restoran Koko, Mumbai, pada 2017 tular di media sosial, termasuk pesanan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp bersama pengurusnya Karishma.
Menurut laporan dari Pinkvilla, kedua-dua wanita itu telah berbincang mengenai jual beli dadah untuk dibawa ke parti yang turut dihadiri oleh rakan-rakan selebriti seperti Aditya Roy Kapur, Sidharth Malhotra dan Sonakshi Sinha.
Ketika ini, isteri kepada aktor Ranveer Singh itu berada di Goa untuk memulakan penggambaran filem terbaru arahan Shakun Batra, bersama Siddhant Chaturvedi dan Ananya Panday.
Walau bagaimanapun, Deepika mahupun Karishma masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung berita tersebut.
Terdahulu, NCB akan mengadakan soal siasat bersama beberapa selebriti lain seperti yang disenaraikan oleh aktres Rhea Chakraborty yang kini ditahan di Penjara Byculla, Mumbai.
Shraddha Kapoor, Sara Ali Khan, Rakul Preet Singh dan pereka fesyen Simone Khambatta merupakan selebriti yang dilaporkan bakal terbabit dengan sesi soal siasat pada minggu ini.
Untuk rekod, kes penglibatan dadah dalam industri Bollywood mula timbul selepas kematian aktor Sushant Singh Rajput yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada 14 Jun lalu.
(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: fropky.com)
Public Anonymous User
Wed Sep 23 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.